BiSmIlLaHiRrAhMaNiRrAhIm......
Saya dari sebuah family yang mementingkan agama dalam kehidupan kami.Ummi dan ayah membesarkan kami serta adik beradik dalam aliran agama yang sempurna sehinggakan mereka menghantar kami belajar dalam sekolah-sekolah agama juga.Saya bangga😊..Tapi, faham-fahamlah, dalam whole family itu, mestilah ada yang ternakal right..?
Nak tahu siapa...hmm sayalah insan yang paling jahat maybe✋. Dulu, sewaktu saya bersekolah menengah...saya selalu lihat sahabat disebelah..ye dia berpurdah.Dia berpurdah since kitorang form two gitu..👍
Saya lihat perubahannya dari suatu hari ke suatu hari dan dari suatu bulan ke suatu bulan..Saya nampak, sebelum dia pakai purdah, dia pakai dulu penutup dagu. Then, selepas dalam beberapa bulan tu,barulah dia pakai purdah. Itu baru sahabat saya. Setelah itu, saya lihat senior saya pulak., dia pun begitu. Mula-mula dia hanya pakai penutup dagu, then, barulah dia pakai purdah.
Time itu pun saya mula buat andaian sendiri.."Hmm..entah-entahkan siapa yang pakai penutup dagu ini, mesti perubahannya akan menjadi lebih besar kepada purdah pula."😂 Hanyalah andaian seorang budak yang tak matang. Ya, saya memang belum matang lagi waktu form two okey.
Setelah itu, saya berganjak kepada form three dan kakak pula form four. Aku lupa nak beritahu yang saya hanya ada seorang saja saudari dalam keluarga, selebihnya adalah saudara.
Dengan kuasa Allah,sewaktu umur 15 tahun, seorang kawan mula mengajak saya untuk memakai penutup dagu. Mula-mula, saya hanya pakai untuk saja-saja. Just main-main😅. Tetapi, bila lama-kelamaan saya mula terbiasa untuk memakainya tanpa saya sedari.Penutup dagu itu sudah dirasa seperti menjadi tempat tutup aurat yang wajib saya tutup seperti handsock, stoking dan semuanya. Segalanya berlaku tanpa saya rancang.
Saya masih teringat sewaktu saya dalam tingkatan 3 itu, saya mengikuti Kem Solat untuk student-student sekolah rendah bekas sekolah rendah saya. Saya dipanggil oleh salah seorang ustaz yang mengajar saya dari tahun 3 sehingga tahun 6 untuk menjadi fasilitator di kem tersebut. Saya pun dengan rela hatila join bersama beberapa alumni yang lain.Apabila saya berjumpa saja dengan ustaz, soalan yang pertama ditanyaaa ialah " Kenapa enti tak pakai purdah?." Saya tergamam dengan soalan tu. Dalam banyak-banyak soalan, itu jugalah soalan yang dikeluar💢.Saya hanya membalas jawapan ustaz dengan sebaris senyuman.Malu pun ada.💥
Setelah saya sudah berumur 17 tahun, kakak sudah mula memakai purdah.Tetapi disebabkan dalam family, hanya kami berdua sahaja perempuan selain ummi, dia pun mula mengajak saya sekali.Dia memang layak.Hmm..kakak dengan saya kalau nak dibandingkan bagai langit dengan bumi. Dia sangat layak dan saya?😕 Saya hanya akan mengotori imej-imej wanita berpurdah sahaja. Fikirku😔.Jadi saya menolak, iyelah dalam masa yang sama saya akan menghadapi SPM. Jadi, biarlah.
Setelah kakak sudah sambung pelajarannya ke Jordan, kini giliran saya pula yang keseorangan di rumah. Tiada lagi adik beradik perempuan. Saya hanya ditemani dengan abang sulung serta dua adik lelaki. Nak tahu bagaimana saya boleh juga berpurdah? 😄
Hmm...saya tak tahu kenapa Allah tetapkan jalan saya berpurdah sangat-sangat senang. Saya dipaksa oleh kedua abang saya. Abang sulung memaksa saya dari awal tingkatan 5 lagi. Abang Ngah mula memaksa saya sewaktu hujung tahun tingkatan 5 selepas SPM💦. Setelah, mereka menasihati dan memujuk, akhirnyasaya ambil keputusan untuk pakai purdah hanya kerana mereka.Bukan kerana Allah.Saya memakai dalam keadaan yang saya tak jangka nak pakai. Itulah niat saya mula-mula kerana saya menceritakan hal ini kepada sahabat-sahabat yang lain dan minta pnadangan mereka. Iyelah, sudah tiga orang lelaki yang memaksa untuk berpurdah.Jadi, mereka memberi jawapan supaya saya menurut dan pasti ada hikmahnya mengapa mereka berbuat demikian.
Kakak juga ada berpesan suapaya pasang niat betul-betul kerana Allah supaya apa sahaja cabaran yang akan datang, kita boleh handle dan istiqamah dengannya.Saya mula hairan, teruk sangatkah cabarannya as a purdah girl.?😐
Dalam satu minggu permulaan saya sebagai purdah girl, I don't feel anything challenge and kadang-kadang rasa seronok sebab saya dah mula rasa dilindingi sangat terutamanya apabila saya mengikuti majlis agama. It suit to me.Saya mula rasa happy dengan purdah dan kadang-kadang juga kosong sehinggalah saya berdepan dengan suasana yang tidak sesuai dengan pemakaian.Tempat belajar kereta. Saya mula berlajar kereta dalam bulan 12 gitu.Nak tahu cabarannya?
Di situ, tiada siapa yang memakai purdah as me malah ramai yang free hair.💔. Saya mula malu. Semua mata memandang-mandang ke arah saya. Awak fahamkan perasaannya macam mana.? Perasaannya macam awak pakai tudung terbalik dan orang mula pandang pelik dekat awak😖.Malah, mereka mula pandang rendah terhadap saya😓. Semenjak itu, saya mula rasa nak buang purdah and stop to wear it.Saya mula lihat gambar-gambar lama dengan rakan-rakan sebelum saya ambil purdah sebagai pemakaian saya.Betapa hati saya mula meronta-ronta untuk ditayangkan wajah semula kepada khalayak ramai.💣
I don't know how to handle it..!!! lepas itu barulah saya teringat kata-kata kakak, dan time itu, saya mula mencuri setiap masa untuk bertanya kepada kakak. Ye, niat.💓 It always about nawaitu. Allah pandang pada nawaitu kita. Cuba bayangkan ,kita niat saja untuk buat benda baik sudah dapat pahala,belum lagi buat😉.MashaAllah. Betapa niat itu memang ambil peranan dalam setiap tindak tanduk kita.Begitu juga saya yang selama ini mengambil purdah sebagai sebahagian dalam kewajipan saya dengan niat kerana manusia.Jadi, saya mesti segera betulkan walaupun ia mengambil masa yang lama..Tak semestinya niat sudah betul kerana Allah, still tak ada cabaran tau.It always ada selagi kita masih digelar insan dan hamba kepada Allah s.w.t..Bagaimana nak tangani perasaan itu?..
First, Ya, I'm a purdah girl but tak semestinya pemikiran saya ini kolot😠.You must to prove it. How?
Awak kenalah pekakkan telinga awak dengan kata-kata cemuhan dari orang lain, just focus on your job or duty sehingga awak berjaya lebih cemerlang dari orang lain.😎
Second, husnu dzon. Awak kena ingat, dalam kebanyakan orang yang memandang pelik itu, ada juga sebilangan yang suka memandang awak.Mungkin mereka sedang kata sejuknya mata memandang.Yess, dan mungkin juga ada sebilangan daripada mereka yang terdetik untuk memakai jugak, nampaknya awak sudah tarik seseorang tanpa awak sedari ke jalan penghijrahan. Awak jadikan ia medan dakwah awak.💘
Third, perasaan resah muncul kerana suasana tidak sesuai dengan pemakaian awak betul tak?.Jadi, apa kata awak sendiri yang hadirkan suasana biah solehah itu walaupun di tempat yang pelik-pelik.Seperti dalam situasi saya, saya mula mencari rakan walaupun saya berkawan dengan budak china malah yang free hair.Jangan pandang rendah kepada mereka. Sebarkan dakwah awak dengan tunjukkan nilai murni awak.
In shaa Allah, memang banyak cabaran dan dugaannya. Tetapi di setiap dugaan itu terselit kebahagiaan buat saya dan juga awak.Dengan purdah ini, ia mendorong lagi saya supaya berbuat baik dan takut untuk lakukan dosa kerana apa? Kerana awak cerminlah diri awak, awak berpurdah dan sanggupkah awak nak cemarkan imej wanita berpurdah dengan buat perkara yang tidak senonoh?.
Bagi mereka yang tidak berpurdah dan stay untuk tidak berpurdah😇, awak juga sangat memainkan peranan dalam dakwah kerana kita semua adalah pendakwah.Sebarkan dakwah awak dalam bentuk dan cara awak sendiri💖. Apa yang cuba saya sampaikan dalam whole jalan cerita saya ini, hijrah ini mulakan ia dari langkah yang perlahan-lahan. Jangan terlalu terburu-buru seperti yang saya anggap dulu, pakai yang wajib dulu seperti sarung tangan dan kaki, selepas itu jika rasa masih tidak mampu lagi, saya cuba untuk memakai penutup dagu pula.Then, barulah dengan purdah.
Satu lagi, jangan tunggu diri itu sempurna dulu baru rasa ingin berpurdah. Ingat, tak semstinya kena sempurna dulu baru ingin berpurdah,boleh jadi kerana berpurdahlah dia menjadi insan yang lebih baik. Yang penting ada effort untuk berubah tu. In shaa Allah Allah akan sentiasa buka jalan buat kita.👋
No comments:
Post a Comment